Maaf. Sudah lama Kak Yayah tidak singgah ke blog ini. Agak sibuk sedikit. Ada sesiapa yang rindu Kak Yayah tak? Hihi.
Walaupun agak terlambat untuk menulis entri ini tetapi Kak Yayah masih juga mahu member nasihat kepada adik-adik. Tambahan pula, sebelum blog Kak Yayah berhabuk dan penuh dengan sarang labah-labah, lebih baik ada entri baru. Kan? Hehe.
Haa. Abaikan muka Kak Yayah yang comel tu.
Walaupun kualiti udara sudah bertambah baik, kita masih perlu menjaga kesihatan kita. Kak Yayah harap, adik-adik semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kurangkan waktu bermain di luar ya. Jaga diri :D
Apa khabar semua? Kak Yayah harap semuanya sihat-sihat sejahtera.
Haa! Nampak tak tajuk entri Kak Yayah kali ini? Di atas tu. Tengok tengok! :D
Kak Yayah sangat teruja apabila DY Kreatif Network meletakkan satu post di FB mereka,
'DYKN mahu mencari talent yang berminat menulis produk remaja. Kami mahu mulakan dengan spin off untuk siri Dear Yayah.
Kepada yang berminat, mohon inbox request.
Terima kasih.'
Ada beberapa adik-adik comel yang bertanya, apa itu 'Spin Off'? Di dalam entri ini, Kak Yayah akan terangkan secara ringkas apa itu 'Spin Off'.
Secara ringkasnya, 'Spin Off' adalah perkembangan watak di dalam cerita utama. Maksudnya, ambil satu watak di dalam satu cerita, kemudian dikembangkan lagi watak mengikut jalan cerita dan plot tersendiri. Seperti yang Kak Yayah lakukan untuk watak di dalam Dear Yayah.
Contohnya, Kak Yayah mengeluarkan buku Dear Yayah dan di dalam cerita Dear Yayah, ada beberapa watak iaitu Suria, Hazman dan Khairi.
Daripada watak-watak tersebut, Kak Yayah telah mengeluarkan satu lagi buku yang bertajuk 'Hai Suria'.
Di sini, Hai Suria adalah spin off daripada Dear Yayah.
Err. Faham tak? Kak Yayah sudah cuba menerangkan seringkas yang mungkin.
Sekiranya adik-adik ada apa-apa soalan lagi, bolehlah inbox di FB Kak Yayah atau komen sahaja ya.
Salam adik-adik. Apa khabar? Kak Yayah harap semua sihat sejahtera. Bagaimana percutian sekolah adik-adik? Pasti ada banyak cerita untuk dikongsikan bersama kan :D
Bagi Kak Yayah, ada satu pengumuman yang ingin Kak Yayah buat berkaitan dengan buku-buku penulisan Kak Yayah.
Efektif mac 2013, semua karya remaja Farihah Iskandar diterbitkan dan diulang terbit di bawah penerbitan DY Kreatif Network. Walau bagaimanapun komik siri Dear Yayah masih di bawah penerbit PTS.
Hai adik-adik! Disebabkan ada yang mengatakan takut tidak sempat membuat desain dan sebagainya, Kak Yayah bercadang untuk melanjutkan lagi masa untuk pertandingan ini.
Tarikh tutup akan ditunda sehingga 17 Februari 2013 !
Haaa! Apa lagi, jom mendesain! Kak Yayah akan nantikan 'kedatangan' desain T-shirt adik-adik :D
Hai adik-adik! Hari ini Kak Yayah dengan sukacitanya ingin membuat satu pertandingan mendesain t-shirt untuk DY. Syarat-syaratnya sangat mudah. Jom lihat di bawah! :D
Tema : Dear Yayah
- Desain t-shirt semestinya berdasarkan cerita Dear Yayah.
Warna : Bebas.
- Tidak wajib menggunakan warna tema Dear Yayah iaitu biru dan pink. Bermaksud, adik-adik bebas menggunakan setiap warna yang adik-adik suka :D
Setiap desain haruslah dihantar ke wall Facebook Kak Yayah iaitu Farihah Iskandar. Bagi desain yang mendapat 'like' terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah pemenang : RM50 dan 1 t-shirt.
Tarikh pertandingan : 30 Disember 2012 - 31 Januari 2013.
Ha! Jom memeriahkan lagi pertandingan ini dengan desain-desain menarik dari adik-adik!
Hai adik-adik! Ha! Menarik tak tajuk entri Kak Yayah? Bagi yang melawat fanpage Kak Yayah mesti sudah membaca beberapa post Kak Yayah yang bertanyakan tentang ini.
Apa pendapat adik-adik? Dear Yayah patut dijadikan filem, drama atau telemovie? Kak Yayah tersenyum lebar apabila membaca respon-respon yang diberi di dalam fanpage. Bagaimana pula dengan adik-adik di blog? Sudi ataupun tidak berkongsi pendapat disini? Jom kongsi bersama Kak Yayah :D
Dan siapakah calon-calon artis yang akan melakonkan watak di dalam Dear Yayah? Kak Yayah ada share beberapa gambar di fanpage. Tetapi disini, Kak Yayah mahu adik-adik sendiri yang syorkan, siapakah yang sesuai memegang watak bagi Jihan, Hazman, Suria, Khairi dan beberapa lagi watak lain.Wah! Pasti seronok kan. Kak Yayah tak sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal adik-adik syorkan :D
Jom share bersama Kak Yayah! Insya Allah, Kak Yayah akan membalas komen adik-adik.
Hai adik-adik! Kak Yayah sudah kembali ke alam blog. Wah, blog Kak Yayah sudah berhabuk sebab ditinggalkan terlalu lama. Maafkan Kak Yayah ya. Kak Yayah sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk memasukkan entri baru. Agaknya, ada tak adik-adik Kak Yayah yang menunggu kedatangan entri baru daripada Kak Yayah? :D
Bagi yang menunggu, Kak Yayah minta maaf ya. Insya Allah, Kak Yayah akan cuba aktifkan diri di dalam dunia blog dan juga di fanpage Kak Yayah.
Nantikan entri baru Kak Yayah yang semestinya akan menarik perhatian adik-adik. Insya Allah.
Hai adik-adik! Haa. Kak Yayah tahu ramai yang menantikan sambungan Sepasang Mata Itu kan? Maaflah ya adik-adik. Setelah sekian lama Sepasang Mata Itu keluar, baru sekarang Kak Yayah membuat sambungan.
Kak Yayah akan meletak sedikit babak Sepasang Mata Itu 2 sebagaimana Kak Yayah post sedikit babak Dear Yayah 6. Selamat membaca! Pendapat adik-adik amatlah Kak Yayah harapkan :D
Eh, ini adalah sambungan cerita Sepasang Mata Itu kan? Bagaimana pula Jihan dan Suria boleh berada di dalam cerita ini? Bagaimana mereka bertemu?
Haa. Semestinya adik-adik tertanya-tanya kan? Nantikan Satu Babak Sepasang Mata Itu 2. Kak Yayah akan post sepertimana Satu Babak Dear Yayah 6. Nantikan :D
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Hai adik-adik! Seperti yang dijanjikan, pengumuman pemenang Kak Yayah akan buat pada hari ini, iaitu hari Ahad. Sepanjang Kak Yayah membaca puisi yang dihantar, Kak Yayah mendapati banyak puisi yang bagus tetapi sayangnya ada sesetengah puisi tidak menepati citarasa yang bersesuaian dengan tema 'Dear Yayah'.
Kepada para pemenang, tahniah Kak Yayah ucapkan kerana berjaya mencipta puisi yang bersesuaian dengan 'Dear Yayah'. Kepada yang tidak menang, cuba lagi di masa hadapan ya :)
Tahniah sekali lagi Kak Yayah ucapkan :D
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Haa. Pastinya adik-adik menantikan sambungan Satu Babak Dear Yayah kan? Kak Yayah minta maaf kerana terlalu sibuk sehingga terlupa untuk membuat sambungan Satu Babak Dear Yayah.
Haa. Di bawah ini adalah sambungan Satu Babak Dear Yayah. Baca lah :D
Apa pendapat adik-adik? Adakah Jihan harus memberitahu Hazman tentang pengakuan Asrul ataupun tidak?
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Hai adik-adik. Sebagaimana yang adik-adik tahu, Peraduan untuk 'Dear' sudah ditutup. Buat masa sekarang, Kak Yayah masih lagi mencuba untuk membaca semua puisi. Kak Yayah harap, adik-adik bersabar ya :) Insya Allah, pengumuman pemenang akan dilakukan pada hari Ahad ini. Tunggu :)
Sehingga bertemu di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Hai adik adik! Sempena pembukaan blog baru Kak Yayah dan sempena tahun baru, Kak Yayah teringin nak buat satu peraduan khas untuk peminat setia Dear Yayah ♥
Syarat-syarat ;
Senang kan? :D
Hadiah? Jom tengok!
T-shirt Limited Edition DY dan Keychain Teddy Bear ; 2 Pemenang
Topup RM10 ; 3 Pemenang
Topup RM5 ; 4 Pemenang.
__________________________
Untuk pemenang bertuah iaitu yang menulis puisi paling kreatif ;
Satu T-shirt Dear Yayah Limited Edtion
Satu fridge magnet dari Frankfurt
Dan
Puisi beliau akan dimasukkan ke dalam novel Dear Yayah 6.
Macam mana? Menarik kan hadiah peraduan ini? :D
Ini adalah contoh Puisi. Adik-adik masih ingatkah sajak Jihan untuk Hazman di dalam Dear Yayah 1? Sekiranya tidak ingat, klik sini !
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini Kak Yayah memulakan Peraduan Puisi untuk 'Dear' ; FI
Tarikh tutup adalah 7 Januari 2011.
Pengundian secara keseluruhan akan dibuat oleh Kak Yayah dan beberapa juri lain.
Asrul mendekatinya. Mukanya tenang tetapi sedikit pelik, pada hemat Jihan. Mulutnya seperti terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi Jihan tidak pasti. Jihan tidak berapa dengar kerana kedua cuping telinganya juga sudah keras. Agaknya tahi telingapun turut keras lantas menutup lubang telinganya. Itu pendapat Jihan. Cuaca sejuk itu benar-benar buat dia kaku.
Tanpa melengahkan masa, Asrul segera membuka pintu kereta dan menolak Jihan masuk ke dalam. Dia lantas menghidupkan enjin keretanya dan memastikan pemanas kereta dipasang. Jihan segera membuka kedua sarung tangannya yang basah dan meletakkan kedua tapak tangannya pada saluran udara yang mula menegluarkan haba panas.
"Alhamdulillah..." Jihan benar-benar lega. Dia sudah terbayang berubah menjadi patung cendana di tengah-tengah tempat parkir kereta.
Asrul menoleh ke arah Jihan di sebelahnya. "Sudah lega?"
Jihan angguk. "Terima kasih..."
Asrul angguk. "Jihan?"
"Ya?"
"Saya..." Kata-kata Asrul terputus di situ. Dia menghela nafas dalam-dalam, seperti mencari tenaga dalaman atau kekuatan bagi meneruskan kata-kata.
Jihan masih tidak perasan. "Apa dia?"
Dengan pantas, Asrul menjawab, "Saya suka awak!" fuh! Lega! Seperti beban yang tersangkut atas bahunya berjaya itarik turun.
Jihan yang tadinya sibuk sedang menahan mukanya pada lubang angin panas, tersentak lantas hidungnya terhantuk agak kuat di situ. "Hah?"
Asrul menyukai Jihan? Apakah perasaan Jihan selepas mendengar pengakuan itu? Apakah yang bakal terjadi di antara mereka?
Haa. Semakin menarik kan adik-adik? :D
Sehingga berjumpa lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Wah! Sekolah bakal bermula tidak lama lagi. Pejam celik pejam celik, sangat pantas masa berlalu. Bagaimana percutian adik-adik Kak Yayah? Semestinya adik-adik mempunyai banyak memori dan kenangan terindah semasa bercuti, kan? :D
Kak Yayah ingin mengucapkan semoga berjaya kepada adik-adik Kak Yayah yang akan bersekolah. Kak Yayah harap adik-adik akan belajar elok-elok, jangan main-main ya. Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM & STPM pada tahun 2012 ini, Kak Yayah harap adik-adik akan belajar dengan lebih serius.
Selamat bersekolah dan semoga berjaya!♥
Sehingga berjumpa lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Adakah adik-adik tertanya apa balasan surat Jihan kepada Hazman? Jom baca di bawah. Kak Yayah kongsikan sedikit lagi. Doakan supaya Kak Yayah dapat menyiapkan DY 6 dengan cepat, insya Allah. Amin! ♥
Meja makan, sambil minum petang
Salam awak,
Semoga dirahmati Tuhan sentiasa hendaknya, Amin!
Apa ni? Marah-marah tidak tentu fasal, tak 'macho' langsung. Ke mana perginya saudara Hazman Hazree yang saya kenal dahulu? Yang 'cool' sentiasa. Yang penyabar selalu. Yang yakin dan percaya dengan seorang Nurjihan.
Andaikata awak ada jumpa dia, yang bernama seperti yang tertulis di atas, mohon beritahu dia saya kirim salam ya.
Awak,
Bagaimana dengan studi? Awak tentu sibuk, bukan? Masa bila mahu fokus dengan assignment. Masa bila mahu bermain bola. Itu belum lagi dengan kesibukan berpersatuan.
Apa? Saya? Saya sudah berada di tahap begini @_@ terutamanya ketika mengulangkaji kelas Akaun 102. Jika tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, habislah saya. Saya kena usaha dengan lebih gigih sebab sekarang sudah jadi sophomore. Apabila sudah masuk junior year nanti, takkan masih ambil kursus level 100 dan 200. Tambah sayu dan pilu sekiranya tidak layak masuk school. Mana mahu letak muka ini?
Jadi, saya mohon sangat-sangat, janganlah cemburu sangat. Saya dan Asrul tidak ada apa-apa. Mulanya saya fikir mahu menyakat awak tetapi saya tukar fikiran. Saya tidak mahu tindakan saya itu nanti akan menjejaskan persahabatan kita.
It's just not worth it. Saya senang dengan apa yang kita ada sekarang. Bala jangan dicari, betuul tak?
Encik Hazman yang budiman,
Sekarang ini baru masuk musim bunga. Sepatutnya banyak bunga-bunga cantik mekar berkembang. Tetapi di sini suhunya masih teramat sejuk. Salji masih di paras betis. Air sungai masih punya lapisan ais di permukaan. Lake Chippewa masih terus beku dan kaku. Awak tentu rasa pelik, bukan?
Midwest! Tempat jin air batu bertendang! Itu jawapannya. Pada waktu ini, tatkala spring break, hampir separuh penduduk di kawasan ini agaknya melarikan diri ke Florida, California dan negeri-negeri lain di selatan yang ternyata suhunya lebih panas. Bagi kami yang tertinggal di sini, terpaksa memakai jaket tebal, but salji, muffler, ear muff, sarung tangan, pakaian termal dan segala peralatan yang seangkatan dengannya.
Oh ya! Saya mahu cerita satu insiden yang agak menyayat hati yang berlaku tadi pagi. Jangan menangis ya apabila membaca cerita saya.
Adapun, seorang perempuan anggun yang awak kenal a.k.a Nurjihan sedang berjalan di hadapan apartmen dengan membawa beg sandang yang berat. Adapun juga, pada ketika itu, room mate dia yang bernama Ain, yang kecil molek dan kurus, berjalan di hadapannya. Tiba-tiba, tanpa diduga, cikpuan Nurjihan telah tersilap memijak ais yang licin. Tanpa sempat dapat mengimbang badannya yang agak mula gempal (err.. Salahkan suhu sejuk membuakan dia makan banyak), dia hampit terlentang ke belakang. Dia sempat menarik beg galas Ain dengan harapan dapat menahannya dari jatuh.
Harapan tinggal harapan. Harapkan pagar, pagar makan padi... (abaikan perumpamaan ini sekiranya salah penggunaannya tetapi saya mahu juga tulis di sini. Huhuhu...) beg Ain rupa-rupanya sangat ringan. Ain juga sangat ringan.
Tadaa....
Maka, seperti nangka busuk, Nurjihan @ debab jatuh telentang ke belakang, ke atas pavement keras yang berlapikkan ais. Tidak cukup dengan itu. Cikpuan Ain dan begnya pula jatuh meimpa ke atas sidebab yang awak rindukan ini.
Aduuhhhhhhhh!!!
Kami, umpama sandwic sardin dalam versi kurus, debab dan sejuk beku yang sungguh kasihan rupanya.
Begitulah tamatnya cerita sedih saya pada hari ini. Akibat kejadian yang begitu mengharukan itu, badan saya lebam biru di sana sini. Pinggang agak sakit. Cuma saya bersyukur, tidak ada anggota badan saya yang retak atau patah.
Mujur, sungguh mujur!
OK, sehingga di sini dahulu. Akan ada banyak lagi cerita- cerita yang bakal menyusul. Doakan supaya saya tabah di sini. Saya juga doakan awak supaya tenang dan gembira di sana.
Jangan lupa rindukan saya!
Bagaimana babak-babak setakat ini? Adakah memuaskan hati adik-adik? Jom share dengan Kak Yayah sekiranya ada apa-apa idea yang boleh dimuatkan di dalam DY 6, insya Allah :D
Sehingga bertemu di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Haa. Adik-adik ada baca pengumuman di tepi blog dan juga Facebook Kak Yayah tak? Kalau adik-adik baca, mesti adik-adik tahu bahawa Kak Yayah ada author appearance hari ini di MPH Alamanda bersama Abang Ard-One. Siapakah Abang Ard-One? Beliaulah pelukis untuk Komik Dear Yayah. Beliaulah yang melukis semua watak di dalam Komik Dear Yayah. Jom kita tengok gambar :D
Kak Yayah serba pink hari ini. Apa pendapat adik-adik? Okay tak? :D
Kak Yayah bersama Abang Ard-One. Handsome tak Abang Ard-One? ;D
Kiri : Bersama peminat cilik, Sarah. Alahai, comel kan Sarah? :D Kanan : Bersama peminat cilik, Dada. Comel kan dia? :D
Ini Munirah dan Mawaddah. Sedap kan nama mereka? :D Wah! Nampak tak Abang Ard-One tersenyum lebar? Hehe..
Lihatlah betapa Kak Yayah dan adik kecil ini fokus berposing sementara Abang Ard-One melukis karikatur kami. Hee. Nanti Kak Yayah akan upload karikatur yang Abang Ard-One lukis. Comel! :D
Terima kasih kepada abang-abang PTS dan abang MPH kerana menjayakan author appearance hari ini ♥
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Hai adik-adik! Mode Kak Yayah sekarang ini adalah teruja! Ya, betul. Sebab? Semasa Kak Yayah mencuba untuk blogwalking atau terjah blog lain, Kak Yayah terfikir untuk 'Google' diari Jihan, Dear Yayah.
Nak tahu apa yang Kak Yayah jumpa? Banyak blog yang membuat liputan tentang Dear Yayah. Ada yang menceritakan, ada yang memberi pendapat masing-masing. Tapi yang paling best ialah ada adik-adik Kak Yayah yang memberi nama blog mereka 'Dear Yayah', hee :D
Kak Yayah tak sangka nama Dear Yayah menjadi kegunaan ramai orang. Terima kasih banyak Kak Yayah ucapkan kerana meminati Dear Yayah dan menjadi peminat setia Farihah Iskandar.
Insya Allah, untuk entri akan datang, Kak Yayah akan membuat wishlist tentang apa yang Kak Yayah ingin lakukan pada tahun 2012. Nantikan!
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
Hai adik-adik! Apakah perasaan adik-adik selepas membaca salah satu babak di dalam Dear Yayah 6? Teruja tak? Haaaa. Kak Yayah ada satu lagi babak. Nak baca tak? Kak Yayah akan share di bawah. Berikan pendapat adik-adik. Okay? Jom baca :D
Salah satu babak Dear Yayah 6 : Unedited version
Lokasi: Oakwood Mall, depan Orange Julius
Jihan dan Suria seronok berbual sambil menikmati pretzel dan menghirup pina colada, jus nenas campur kelapa kegemaran Jihan.
Suria kebingungan. Apa kena dengan budak Jihan ini? Hazman marah dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi kerisauan. "Huh? Hazman mengamuk? Mengapa?" kedua tangannya menopang dagu. Dia benar-benar tidak faham apa yang berlaku di antara Jihan dan Hazman.
"Hazman cemburukan Asrul. Hehehe... Saya suka!" jawab Jihan sambil tangannya menguis-nguis habuk pretzel yang melekat pada tudungnya.
"Asrul?" Suria semakin tidak faham. Mengapa pula Hazman perlu cemburu dengan Asrul.
Jihan menganggukkan kepalanya. Masih lagi dia tersengih. Ada riak nakal di situ.
"Jihan? Explainplease..." rayu Suria.
"Alah... Encik Hazman kita itu sedang mengalami sindrom cemburu buta. Saya baru cerita tentang Asrul yang sering membantu kita. Dia sudah fikir macam-macam. So childish!"
"Awak fikir, patut tak saya biarkan dia cemburu lama sikit?" Bercahaya-cahaya mata Jihan, seperti ada mentol yang tinggi wattnya menyala di atas kepala. Adalah idea yang sedang berlegar-legar dalam kepalanya.
Suria terus menjawab, "Patut!"
Macam mana? Semakin menarik kan. Insya Allah, Kak Yayah akan buat yang terbaik untuk adik-adik. Haa. Nantikan kemunculan Dear Yayah 6. Okay adik-adik sayang? :D
Sehingga berjumpa di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥