Entri Kak Yayah

Tuesday, December 27, 2011

Satu babak Dear Yayah 6 II

Photobucket

Hai adik-adik! Apakah perasaan adik-adik selepas membaca salah satu babak di dalam Dear Yayah 6? Teruja tak? Haaaa. Kak Yayah ada satu lagi babak. Nak baca tak? Kak Yayah akan share di bawah. Berikan pendapat adik-adik. Okay? Jom baca :D

Salah satu babak Dear Yayah 6 : Unedited version


Lokasi: Oakwood Mall, depan Orange Julius

Jihan dan Suria seronok berbual sambil menikmati pretzel dan menghirup pina colada, jus nenas campur kelapa kegemaran Jihan.

"Hazman mengamuk sakan!" ujar Jihan sambil tersengih lebar. Gembira benar kelihatannya. Kepingan pretzel berperisa keju yang rangup dikunyahnya perlahan-lahan

Suria kebingungan. Apa kena dengan budak Jihan ini? Hazman marah dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi kerisauan. "Huh? Hazman mengamuk? Mengapa?" kedua tangannya menopang dagu. Dia benar-benar tidak faham apa yang berlaku di antara Jihan dan Hazman.

"Hazman cemburukan Asrul. Hehehe... Saya suka!" jawab Jihan sambil tangannya menguis-nguis habuk pretzel yang melekat pada tudungnya.

"Asrul?" Suria semakin tidak faham. Mengapa pula Hazman perlu cemburu dengan Asrul.

Jihan menganggukkan kepalanya. Masih lagi dia tersengih. Ada riak nakal di situ.

"Jihan? Explain please..." rayu Suria.

"Alah... Encik Hazman kita itu sedang mengalami sindrom cemburu buta. Saya baru cerita tentang Asrul yang sering membantu kita. Dia sudah fikir macam-macam. So childish!"

Giliran Suria tersenyum. "Oh begitukah? Kasihan..."

"Awak fikir, patut tak saya biarkan dia cemburu lama sikit?" Bercahaya-cahaya mata Jihan, seperti ada mentol yang tinggi wattnya menyala di atas kepala. Adalah idea yang sedang berlegar-legar dalam kepalanya.

Suria terus menjawab, "Patut!"



Macam mana? Semakin menarik kan. Insya Allah, Kak Yayah akan buat yang terbaik untuk adik-adik. Haa. Nantikan kemunculan Dear Yayah 6. Okay adik-adik sayang? :D

Sehingga berjumpa di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah

18 comments:

  1. hee.. beznyer! bile kluar novel nih?

    ReplyDelete
  2. memang menarik..saye x sbr rsenye nk tunggu kak farihah buat entri yg bru..

    ReplyDelete
  3. Wah... Saya suka, tak sabar mahu beli!! =D

    ReplyDelete
  4. Wahhhh... Bez bez bez... Nk beli lorh... Hehhe...

    ReplyDelete
  5. semakin tak sabar-sabar rasanya..best !

    ReplyDelete
  6. whoa..best la kak farihah !
    cepatla kluar novel baru!

    ReplyDelete
  7. Wah, tahun depan (jika sudah keluar) di Pesta Buku lah saya beli buku ini. Bolehlah dapat autograf Kak Farihah sekali! :D

    ReplyDelete
  8. dh siap kci taw kak farihah....

    ReplyDelete
  9. dh siap kci taw kak farihah...

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak baca. Harap2 dapat la kak Farihah. Sebelum Tahun Baru..

    ReplyDelete
  11. Harap2 kak Farihah, dapat keluarkan sebelum Tahun Baru atau first tahun baru yew...

    ReplyDelete
  12. kak farihah cepatlah terbitkan x sabar2 nieee...hihihi

    ReplyDelete
  13. hope leh kluar awl2..x sbar nk bca ni..:)

    ReplyDelete