Tuesday, November 17, 2009

Apabila Kak Yayah Menyepi...


Salam sayang buat semua adik-adik....

Setelah sekian lama Kak Yayah menyepi.... tadaa!

Ini dia hadiah buat peminat siri Dear Yayah yang tegar! Kak Yayah harap berbaloi penantian kalian selama ini. Insya-Allah... buku ini bakal berada di pasaran awal Disember nanti.

Selamat terhibur!

Cheers!

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan

Salam sayang,

Ya... Kak Yayah tahu. Tentunya buah hati Kak Yayah yang menjenguk di sini pasti kata, "Aduh Kak Yayah! Sudah 11 hari puasa baru nak ucap salam Ramadhan!" Sudah lewat sangat kah? Ampun!!!

Mengapa Kak Yayah tidak menjenguk di sini?

Jeng! Jeng! Jeng! (Kononnya nak bagi 'surprise' sikit)

Tak ada apa-apa pun. Kak Yayah masih lagi sedang bertungkus lumus menyambung penulisan Dear Yayah 5 yang masih berbaki. Kak Yayah harap sangat dapat siapkan dengan segera. Sebenarnya editor sudah 'pok pek' dengan Kak Yayah. Mujur saja belum keluar asap di hidung kerana Kak Yayah tak dapat siapkan pada waktu yang dijanjikan.

InsyaAllah... Berkat doa adik-adik, Kak Yayah akan berusaha dengan jayanya.

Pesanan Kak Yayah: Janji mesti ditepati!

Thursday, July 16, 2009

Rumah Kak Yayah dah berhabuk!

Salam kembali,

Kak Yayah baru sempat menjenguk blog. Ya Tuhan! Banyaknya habuk. Kak Yayah mungkin kena beli vacuum cleaner sebab habuk dah tebal sangat di sini.

Kak Yayah mohon maaf kerana menghilangkan diri buat seketika. Selain daripada alasan yang dah basi (sibuk...), Kak Yayah sedang sibuk mengumpul bahan untuk siri Dear Yayah yang bakal muncul.

Kak Yayah tak mahu buah hati Kak Yayah semua tertunggu lagi. Insya-Allah, buku baru Dear Yayah akan muncul nanti. Sekarang sedang sibuk menyusun cerita.

Harap adik-adik semua masih ingat dengan Jihan, Hazman, Suria, Khairi dan rakan-rakan yang lain. Kali ini, tentunya suasana baru, kenangan baru...

Cheers!

Thursday, May 28, 2009

ReadMalaysia 29 Mei - 7 Jun

Sayang adik-adik,

Kak Yayah dah nyanyuk gamaknya, sibuk dengan kerja :P

PTS ada menawarkan tawaran diskaun istimewa pada semua pengunjung ReadMalaysia.  PTS juga ada sediakan e-kupon yang boleh dimuat turun dari laman web.


Jangan lupa uar-uarkan berita gembira ini di blog adik-adik, juga mohon panjangkan maklumat ini kepada semua yang adik-adik kenal.

Cheers!

Upin dan Ipin di ReadMalaysia

Salam sayang...

Kak Yayah hendak berkongsi informasi. Rupa-rupanya Upin dan Ipin adalah duta untuk Pesta Buku ReadMalaysia.

Pada adik-adik yang berminat hendak bertemu mereka, Kak Yayah diberitahu semalam mereka akan ada di MIECC pada hari sabtu nanti, 30 Mei pada waktu tengah hari.

Jom datang beramai-ramai, kita gegarkan pesta buku ReadMalaysia pada kali ini.

Jumpa di sana!

Cheers!


Tuesday, May 26, 2009





Salam adik-adik,

Pesta Buku ReadMalaysia akan bermula pada 29 Mei-7 Jun. Kak Yayah harap adk-adik dapat meluangkan masa datang ke MIECC sempena cuti sekolah nanti. Jangan lupa, ajak mak dan ayah, adik-beradik, saudara-mara pergi ke sana. Kita heboh-hebohkan berita ini beramai-ramai.

Kak Yayah ada sesi bertemu peminat pada hari sabtu, 6 Jun pada jam 2.30 petang. Jemput datang, boleh kita berkenalan dengan lebih dekat. Jika Kak Yayah tak silap, Kak Majidah Jusoh, penulis buku Dunia Jam 10 pun turut ada sama.

Datang ya! 

Sunday, May 17, 2009

Kak Yayah berkongsi cerita Hai Suria

Salam sayang,

Babak di bawah tidak ada dalam Hai Suria. Ini hanyalah hadiah sampingan buat adik-adik yang membaca Hai Suria. Kak Yayah tiba-tiba teringat pada Akeem dan Rusyda, yang menjawab sajak Kak Yayah dulu. 

Enjoy!

Di dalam tidurnya, Suria bermimpi. Dalam mimpi itu, dia duduk berhadapan dengan Khairi ketika dia mendendangkan lagu 'Kau Ilhamku'. Jihan, Hazman, Sofian, dan beberapa pelajar lagi turut ada di persekitaran tetapi mereka semua tidak mempedulikan dia dan Khairi. Dia banyak mengacau Khairi, dengan menjawab setiap baris lagu yang didendangkan.

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu

(Bayangan hanya ada ketika ada cahaya. Kalau dalam gelap, bagaimana?)

Izinkan kumencuri khayalan dengan mu

(Boleh... tapi mengapa nak curi? Khayalan itu percuma... ambil saja)

Maafkanlah oh..oh

(Ya, boleh... saya maafkan awak tapi bagi saya dua puluh sen dulu!)

Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu

(Mana ada... Seronok apa dengar awak menyanyi)

Kau senyumlah oh...oh

(Manis kah? Kita tak ada lesung pipit seperti awak!)

Sekadar memori kita di arena ini

(Alangkah bagus kalau semua ini benar...)

Kau ilhamku...

(Awak pun sama...hu hu hu...)


Tiba-tiba bayangan Khairi semakin jauh. Makin dia cuba kejar, semakin jauh dia pergi. Wajah Khairi juga kembali bertukar menjadi wajah serius yang dia sering nampak sejak akhir-akhir ini. Oh! Wajah batu itu sudah menjelma, semakin lama semakin terang....

Suria terjaga dari tidurnya. Aneh! Ini pertama kali 'Jejaka Idaman Malaya' muncul dalam mimpinya. Agaknya dia benar-benar terkesan dengan nyanyian Khairi semalam sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Walau bagaimanapun, dia jadi musykil. Mengapa ya sejak akhir-akhir ni muka dia jadi muka batu apabila mereka berselisih ataupun bertembung? Adakah dia sudah tahu yang Suria menyukainya? Adakah dia sudah perasan yang Suria sering 'menghendap'nya?

Jikalau itu benar, mana dia hendak sorok muka? Mungkin dia kena lebih berhati-hati kerana bukanlah niat asalnya hendak mengganggu Khairi. Rutin tawaf itu hanyalah untuk kepuasan dirinya sendiri. Dia tidak mahu jejaka itu menganggap dia 'minah sewel'.

Ish! Mohon jauh..

Cheers!

p/s: Buat adik-adik yang tertanya-tanya, Hai Suria adalah spin off dari cerita Dear Yayah. Kali ini,Kak Yayah cuba ketengahkan Suria sebagai watak utama. Sekiranya adik-adik suka, Kak Yayah akan cuba sambung cerita ini menjadi satu siri seperti Dear Yayah.

Pendapat adik-adik sekelian sangat Kak Yayah harapkan. Terima kasih semua.