Entri Kak Yayah

Friday, January 20, 2012

Satu Babak Dear Yayah V

Photobucket
Haa. Pastinya adik-adik menantikan sambungan Satu Babak Dear Yayah kan? Kak Yayah minta maaf kerana terlalu sibuk sehingga terlupa untuk membuat sambungan Satu Babak Dear Yayah.

Haa. Di bawah ini adalah sambungan Satu Babak Dear Yayah. Baca lah :D

Atas katil, berselimukan comforter yang tebal

Dear Yayah,

Bingung!

Kalut!

Otak 'weng'!

Tentu kau terperanjat, bukan? Baru saja berbicara dengan kau, terkeluar pula perkataan-perkataan yang negatif. Jangan risau, kawan. Aku bukan mengata kamu, tetapi itulah aku lewat beberapa hari ini.

Aku benar-benar pening. Semuanya kerana budak yang bernama Asrul. Siapa dia sehingga berani buat hatiku jadi huru-hara begini? He has no right... No right at all!

Yayah,

Tidak pernah langsung terlintas dalam hati memainkan perasaan orang. Pada aku, dia adalah seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Bukankah aku sudah ada Hazman? Asrul tahu itu tetapi mengapa dia tetap mahu menyimpan perasaan terhadapku?

Pelik betul orang lelaki ini. Aku tidak faham langsung. Yang payah dan 'tak available' irulah yang nak dicubanya. Isk! Bukan aku seorang saja perempuan di sini. Masih ada ramai lagi yang 'single and available'. Bukannya Asrul itu tidak tampan. Siap manis lagi apabila sekali-sekala dia biarkan dirinya tersenyum. Aku agak yakin, ada beberapa hati yang sudah 'jatuh' dengan dia. Aku perasan tetapi aku tidak pasti jika dia perasan ataupun tidak... Ataupun sengaja buat-buat tidak perasan.

Entahlah...

Kau tahu, hidung aku ini masih pedih lagi, Yayah. Mengapa? Sebab terperanjat terlampau amat! Akibat terlalu terkejut dengan pengakuannya yang datang tanpa diundang, aku terhantuk pada dash board kereta dia tatkala cuba memanaskan muka. Mujur sahaja tak patah batang hidung ini. Jika tidak, tentu sudah kurang RM2300 nilai duit hantaran. Hahaha... Mohon jangan gelakkan aku. Bukankah aku sudah bilang tadi, otak aku sudah 'weng!'

Wahai Yayah kusayang,

Hati aku masih tertinggal di Malaysia. Jadi, tentu sahaja aku yakin dengan hati aku terhadap jejaka yang menulis surat cemburu tempoh hari. Wah! Baru aku perasan. Rupa-rupanya sangkaannya tidak meleset. Aku sahaja yang 'blurr'. Tentu dia lebih memahami perasaan kaum sejenisnya.

Err.... Patutkah aku beritahu dia apa yang berlaku? Ataupun aku diamkan sahaja. Biar sahaja hal ini menjadi rahsia antara aku dan Asrul. Lagipun aku tidak mahu Asrul berasa malu. Beria-ia dia memohon aku berjanji supaya tidak beritahu kepada sesiapapun, walaupun Suria.

Aku hanya beritahu kau kerana aku terlalu percayakan kau, Yayah....

Apa pendapat adik-adik? Adakah Jihan harus memberitahu Hazman tentang pengakuan Asrul ataupun tidak?

Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah

30 comments:

  1. Replies
    1. Ini adalah sambungan siri Dear Yayah :)

      Delete
    2. dear yayah yg ke berapa???sy ada beli kompilasi dear yayah.....tp x pun tajuk nie dlm kompilasi tu....

      Delete
  2. harus! jihan harus bgtahu hazman :)
    to shaz : ni cita dear yayah ler,x pernah bca ke?

    ReplyDelete
  3. jihan kena beri tahu hazman

    ReplyDelete
  4. kak farihah..bila nk keluar ni... mkin lama duk bca sambungn ni,mkin x sabar nk beli

    ReplyDelete
  5. Tak payahlah beritahu biar Hazman tahu sendiri baru best....apapun sebenarnya tak kisah pun kalau kak yayah nak buat macam mana jalan cerita ni asalkan ianya siap dah lama dah tunggu ni..... Smile always...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yayah sudah pun membuat sambungan. Sengaja bertanya soalan sebegitu kerana Kak Yayah ingin tahu pendapat adik-adik. Boleh kan kalau kita sama-sama berkongsi pendapat? :)

      Delete
    2. No problem sharing is caring right?
      hehehe :D

      Delete
  6. salam,
    kalau pendpt sy lah..kalau hazman tahu mesti gaduh besarkn..baik tak payah..!hehee..pendapat sayalh..~tpkn lastly nanti mesti hazman tahukn..@ masih menjd rahsia...?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 larr fasal .lgpunn... km sume x mawu jihan ngan hazman bergaduh

      p/s: camner ngan suria+ khairi...

      Delete
  7. bg je taw hazman....akak bile nk keluar ni tk sabar taw...

    ReplyDelete
  8. salam bg pendapat saya jihan spttnyerr memberitahu hazman perkara yg sbnr....tpyg syer tertanya-tanya adakah jihan menerima asrul dalam hidupnya...saya risau hubungan jihan dan hazman
    begitu juga suria dan khairi... huhuhu... x sabar2 nk tawu apa yg tErJaDi...kak tlglahhh jgn kecewakan kitaorang... fasal hubungan mereka ini.... huhu...erkkk terlebih emotion larrr plakkk... >_< hehehe... arap kak fhm ekk.. klu aderr yg lebih2 soryy XD

    ReplyDelete
  9. jihan... hazman msh berkawankah??? suria dan khairi pula bagaimana .. sya risau apa yg akn terjadi pd mereka seterusnya.. sya mahu mereka hubungan mereka kekal selamanya... arap dear yayah yg seterusnya x kecewakan km....huhu.... Jihan + hazman
    suria+ khairi...
    erkkk.... RiNdU yAyAh!!! kak klu da siap tlg iklankan kt sini / kt fb kk???

    t. kasih.... kak

    ReplyDelete
  10. kak farihah,ada tak buku baru 'dear yayah' yang baru??? saya tak sabar saya nak baca... :D

    ReplyDelete
  11. siapa ada dear yayah the series sekarang???

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak Yayah..

    I can't wait for the new series! Nyna doakan moga jualan untk DY6 niyh dpt sambutan and akak pun akan terus berkarya :)

    ReplyDelete
  13. bestnya...pndapat sye... jihan perlu bgtau kat hazman... sbb diaorg selalu berkongsi semua perkara...itu yg menjadikan mereka rapat...klau hazman dpat tau daripada org laen mesti kecewa hazman...jihan kena bgtau...
    kak farihah...sye dah lama tunggu utk buku ini...

    ReplyDelete
  14. salam...pndpat sya..jihan patut bgtau kat hazman sbb diaorg selalu kongsi semuanya...tu ug menjadikan mereka rapat...klau hazman dpat tau daripada org laen mesti dier kecewa dan kepercayaan die kat jihan mungkin akan menurun...so jihan bgtau hazman...
    kak farihah..sye doakan kak habskn cpat buku nie...dah lama sya tunggu...

    ReplyDelete
  15. bagi tahu hazman.. tetu dia faham.. lagipun jihan percayakan dia ..kan?

    ReplyDelete
  16. kak yayah skunk niyh , novel DEAR YAYAH V dah di pasarkan ka belum lagi ? ina da x sabar menantikan kemunculannn dear yayah v .

    ReplyDelete
  17. Hazman kena tahu!! Itu pendapat sayalah

    ReplyDelete
  18. kak farihah : nie dear yayah yang mna erk ?? lepas dear yayah : sejuknya Eau Claire ! ke ?? dear yayah the series ??
    saya nak beli . x sbar !

    ReplyDelete
  19. kak farihah nie dear yayah yg mana erk ??
    dear yayah V ke ? tw dear yayah the series ??
    sambungan Dear Yayah : Sejuknya Eau Claire ! ke??
    x sabar nak baca buku dear yayah nie.

    ReplyDelete
  20. kak farihah : nie dear yayah yang mna erk ?? lepas dear yayah : sejuknya Eau Claire ! ke ?? dear yayah the series ??
    saya nak beli . x sbar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Yayah the Series adalah gabungan kesemua siri Dear Yayah. Sambungan Dear Yayah masih dalam proses. Insha Allah, akan dikeluarkan secepat mungkin :)

      Delete