Entri Kak Yayah

Monday, January 30, 2012

Satu Babak Sepasang Mata Itu 2

Photobucket


Hai adik-adik! Haa. Kak Yayah tahu ramai yang menantikan sambungan Sepasang Mata Itu kan? Maaflah ya adik-adik. Setelah sekian lama Sepasang Mata Itu keluar, baru sekarang Kak Yayah membuat sambungan.

Kak Yayah akan meletak sedikit babak Sepasang Mata Itu 2 sebagaimana Kak Yayah post sedikit babak Dear Yayah 6. Selamat membaca! Pendapat adik-adik amatlah Kak Yayah harapkan :D



Athirah mengeluh panjang. Banyak sungguh barang yang mahu dibawa pulang ke Malaysia. Berkerut-kerut dahinya. Mana muat semua buah tangan ini dalam beg pakaian yang berukuran paling besar ada di kedai. Mana mahu disumbat set pinggan Corelle untuk mama, jaket kulit lembu untuk abah, kasut berjenama Reebok untuk adik dan berbagai benda lagi untuk saudara terdekat dan kawan-kawan rapat. Itu belum lagi barang Ain yang mahu dikirimkan untuk mak, ayah dan kakak-kakaknya.

Athirah bingkas bangun lalu membuka tingkap biliknya, membiarkan angin dingin dari luar masuk menyapa mukanya yang mula berpeluh. Walaupun cahaya matahari terang memancar di luar tetapi suhu masih di sekitar 70 darjah Ferenheit. Dia menggeliat beberapa kali, cuba membetulkan urat pinggangnya yang terasa tersimpul akibat duduk bersila terlalu lama. Bukan senang mengemas beg yang terlebih muatan. Tambahan pula dia terpaksa membalut barang-barang kaca satu persatu dengan kain supaya tidak pecah.

“Awak mahu minum jus?” tanya Ain. Dia dapat mengagak Athirah sudah kepanasan.

“Awak mahu tolong ambilkan?” balas Athirah.
Ain mengangguk.

“Boleh juga. Dapat juga saya basahkan tekak ini...” Athirah berdehem beberapa kali, cuba menunjukkan yang tekaknya benar-benar kering.

“Okey, okey... tidak perlu 'over dramatic' ya. Saya pergi ambilkan untuk awak.” Ain cepat-cepat beredar sebelum Athirah menukar fikirannya. Dia dapat mengagak apa yang sedang bermain di minda Athirah. Nampak sangat si Athirah sedang berkira-kira mahu membuat pesanan tambahan.

Athirah tersengih, menunjukkan barisan giginya yang putih. Gadis kecil yang bernama Ain itu amat memahaminya. Sungguhpun mereka baru kenal semasa sama-sama mengambil kursus bahasa Inggeris di KL, tetapi hubungan mereka begitu akrab sekali.

Selang beberapa minit, Jihan dan Suria pula muncul. Jihan memegang sebuah kotak kosong sementara Suria pula asyik mengunyah sebiji epal.



Eh, ini adalah sambungan cerita Sepasang Mata Itu kan? Bagaimana pula Jihan dan Suria boleh berada di dalam cerita ini? Bagaimana mereka bertemu?

Haa. Semestinya adik-adik tertanya-tanya kan? Nantikan Satu Babak Sepasang Mata Itu 2. Kak Yayah akan post sepertimana Satu Babak Dear Yayah 6. Nantikan :D

Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥

3 comments:

  1. salam kak yayah..mne nk cari novel yang tiga penulis tu?sy dh lupe tajuk buku tapi yang sy ingt ada chronicles je..sy nk bce buku tu dlu smntare dear yayah 6 dan sepsang mamta itu 2 nk kua..time kash..

    ReplyDelete
  2. huaa ... memang insya-Allah saya akan beli ! :)

    fighting akak! :)

    ReplyDelete
  3. salam kak yayah..saya cari sepasang mata itu dkt bookcafe tak ada lah..dulu pernah bc dekat sekolah...

    ReplyDelete