skip to main |
skip to sidebar
Pertandingan Desain T-shirt DY
Hai adik-adik! Hari ini Kak Yayah dengan sukacitanya ingin membuat satu pertandingan mendesain t-shirt untuk DY. Syarat-syaratnya sangat mudah. Jom lihat di bawah! :D
Tema : Dear Yayah
- Desain t-shirt semestinya berdasarkan cerita Dear Yayah.
Warna : Bebas.
- Tidak wajib menggunakan warna tema Dear Yayah iaitu biru dan pink. Bermaksud, adik-adik bebas menggunakan setiap warna yang adik-adik suka :D
Setiap desain haruslah dihantar ke wall Facebook Kak Yayah iaitu Farihah Iskandar. Bagi desain yang mendapat 'like' terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah pemenang : RM50 dan 1 t-shirt.
Tarikh pertandingan : 30 Disember 2012 - 31 Januari 2013.
Ha! Jom memeriahkan lagi pertandingan ini dengan desain-desain menarik dari adik-adik!
Salam sayang dari Kak Yayah ♥
Grrr , saya nak sangat join .Masa tak mengizinkan T___T Tidakkk
ReplyDeleteKalau sempat, Aisya boleh join :)
DeleteNak desain tuh pakai apa eh ? :D
ReplyDeleteIkut kepandaian Aina :)
Deletewaa.. menariknya XD nak cuba jugak laa
ReplyDeleteJom! Ajak kawan-kawan cuba juga :D
Deleteakak kalau saya design n letak ke blog saye boleh?then saye bagi link blog saye
ReplyDeleteMuch better kalau Mia hantar di wall Kak Yayah. Senang Kak Yayah nak check nanti :)
Deleteakak baju yang design paling menarik akak akan jual mase pesta buku dekat PWTc nnti ke ?? kalau ade jual saye nak beli
ReplyDeleteakak farihah, dear yayah ni based on true story ke?
ReplyDeleteHanya penulisan cerita sahaja :)
DeleteAkak,nk design tu.lukis atas kertas or what?design baju dear yayah ke?
ReplyDelete