Entri Kak Yayah

Friday, January 6, 2012

Satu Babak Dear Yayah 6 IV

Photobucket

Asrul mendekatinya. Mukanya tenang tetapi sedikit pelik, pada hemat Jihan. Mulutnya seperti terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi Jihan tidak pasti. Jihan tidak berapa dengar kerana kedua cuping telinganya juga sudah keras. Agaknya tahi telingapun turut keras lantas menutup lubang telinganya. Itu pendapat Jihan. Cuaca sejuk itu benar-benar buat dia kaku.

Tanpa melengahkan masa, Asrul segera membuka pintu kereta dan menolak Jihan masuk ke dalam. Dia lantas menghidupkan enjin keretanya dan memastikan pemanas kereta dipasang. Jihan segera membuka kedua sarung tangannya yang basah dan meletakkan kedua tapak tangannya pada saluran udara yang mula menegluarkan haba panas.

"Alhamdulillah..." Jihan benar-benar lega. Dia sudah terbayang berubah menjadi patung cendana di tengah-tengah tempat parkir kereta.

Asrul menoleh ke arah Jihan di sebelahnya. "Sudah lega?"

Jihan angguk. "Terima kasih..."

Asrul angguk. "Jihan?"

"Ya?"

"Saya..." Kata-kata Asrul terputus di situ. Dia menghela nafas dalam-dalam, seperti mencari tenaga dalaman atau kekuatan bagi meneruskan kata-kata.

Jihan masih tidak perasan. "Apa dia?"

Dengan pantas, Asrul menjawab, "Saya suka awak!" fuh! Lega! Seperti beban yang tersangkut atas bahunya berjaya itarik turun.

Jihan yang tadinya sibuk sedang menahan mukanya pada lubang angin panas, tersentak lantas hidungnya terhantuk agak kuat di situ. "Hah?"

Asrul menyukai Jihan? Apakah perasaan Jihan selepas mendengar pengakuan itu? Apakah yang bakal terjadi di antara mereka?

Haa. Semakin menarik kan adik-adik? :D

Sehingga berjumpa lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah

15 comments:

  1. bila buku ni nak keluar ya? :D

    ReplyDelete
  2. kak farihah , bila dear yayah 6 nak kelua ye ? saya dah ada semua collection DY tau , dari mula . hee :D please let me know bila realease eh ;)

    this's my blog btw , do visit :)

    http://khrkhrkhrkhrkhr.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Wah, ngade-ngade la pulak Asrul ni, sian Jihan! Jangan la terima wahai Jihan, Hazman nak letak mane? Nnt cite ni jd x sweet klau awk pilih Asrul, Jihan :D

    ReplyDelete
  4. k.yayah,bila nak keluar buku ni..?jalan ceritanya buat saya suspen nak tahu... =)

    ReplyDelete
  5. ble DY6 nie nk kuar ???

    ReplyDelete
  6. Ehmm ,nak cakap apa ehh?

    ReplyDelete
  7. I'm Amelia from United States...please let me know when does the book will be publish...i'm looking forward to go to Malaysia and find the book...now is the spring seasons...till then...

    ReplyDelete
  8. bila nk kluarrrr....

    ReplyDelete
  9. wooiiii...bagitau laaaa....

    ReplyDelete
  10. wah..seronoknya..dear yayah 6 akan muncul juga..dari saya sekolah rendah sehinggalah dh nk habis sekolah menengah,novel dear yayah tetap menjadi pilihan :)

    ReplyDelete
  11. ble yer DY6 nk kuar ni..nk bca..:)

    ReplyDelete
  12. kak yayah !!! bila dear yayah 6 nak keluar ? dah naik tepu otak mimpikan dear yayah 6 . saya dah gian sangat nak baca nih .

    ReplyDelete
  13. kak yayah !! bila dear yayah 6 nak keluar ? saya dah gian nak baca ni .

    ReplyDelete