Entri Kak Yayah

Friday, December 30, 2011

Satu Babak Dear Yayah 6 III

Photobucket
Adakah adik-adik tertanya apa balasan surat Jihan kepada Hazman? Jom baca di bawah. Kak Yayah kongsikan sedikit lagi. Doakan supaya Kak Yayah dapat menyiapkan DY 6 dengan cepat, insya Allah. Amin! ♥

Meja makan, sambil minum petang

Salam awak,

Semoga dirahmati Tuhan sentiasa hendaknya, Amin!

Apa ni? Marah-marah tidak tentu fasal, tak 'macho' langsung. Ke mana perginya saudara Hazman Hazree yang saya kenal dahulu? Yang 'cool' sentiasa. Yang penyabar selalu. Yang yakin dan percaya dengan seorang Nurjihan.

Andaikata awak ada jumpa dia, yang bernama seperti yang tertulis di atas, mohon beritahu dia saya kirim salam ya.

Awak,

Bagaimana dengan studi? Awak tentu sibuk, bukan? Masa bila mahu fokus dengan assignment. Masa bila mahu bermain bola. Itu belum lagi dengan kesibukan berpersatuan.

Apa? Saya? Saya sudah berada di tahap begini @_@ terutamanya ketika mengulangkaji kelas Akaun 102. Jika tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, habislah saya. Saya kena usaha dengan lebih gigih sebab sekarang sudah jadi sophomore. Apabila sudah masuk junior year nanti, takkan masih ambil kursus level 100 dan 200. Tambah sayu dan pilu sekiranya tidak layak masuk school. Mana mahu letak muka ini?

Jadi, saya mohon sangat-sangat, janganlah cemburu sangat. Saya dan Asrul tidak ada apa-apa. Mulanya saya fikir mahu menyakat awak tetapi saya tukar fikiran. Saya tidak mahu tindakan saya itu nanti akan menjejaskan persahabatan kita.

It's just not worth it. Saya senang dengan apa yang kita ada sekarang. Bala jangan dicari, betuul tak?

Encik Hazman yang budiman,

Sekarang ini baru masuk musim bunga. Sepatutnya banyak bunga-bunga cantik mekar berkembang. Tetapi di sini suhunya masih teramat sejuk. Salji masih di paras betis. Air sungai masih punya lapisan ais di permukaan. Lake Chippewa masih terus beku dan kaku. Awak tentu rasa pelik, bukan?

Midwest! Tempat jin air batu bertendang! Itu jawapannya. Pada waktu ini, tatkala spring break, hampir separuh penduduk di kawasan ini agaknya melarikan diri ke Florida, California dan negeri-negeri lain di selatan yang ternyata suhunya lebih panas. Bagi kami yang tertinggal di sini, terpaksa memakai jaket tebal, but salji, muffler, ear muff, sarung tangan, pakaian termal dan segala peralatan yang seangkatan dengannya.

Oh ya! Saya mahu cerita satu insiden yang agak menyayat hati yang berlaku tadi pagi. Jangan menangis ya apabila membaca cerita saya.

Adapun, seorang perempuan anggun yang awak kenal a.k.a Nurjihan sedang berjalan di hadapan apartmen dengan membawa beg sandang yang berat. Adapun juga, pada ketika itu, room mate dia yang bernama Ain, yang kecil molek dan kurus, berjalan di hadapannya. Tiba-tiba, tanpa diduga, cikpuan Nurjihan telah tersilap memijak ais yang licin. Tanpa sempat dapat mengimbang badannya yang agak mula gempal (err.. Salahkan suhu sejuk membuakan dia makan banyak), dia hampit terlentang ke belakang. Dia sempat menarik beg galas Ain dengan harapan dapat menahannya dari jatuh.

Harapan tinggal harapan. Harapkan pagar, pagar makan padi... (abaikan perumpamaan ini sekiranya salah penggunaannya tetapi saya mahu juga tulis di sini. Huhuhu...) beg Ain rupa-rupanya sangat ringan. Ain juga sangat ringan.

Tadaa....

Maka, seperti nangka busuk, Nurjihan @ debab jatuh telentang ke belakang, ke atas pavement keras yang berlapikkan ais. Tidak cukup dengan itu. Cikpuan Ain dan begnya pula jatuh meimpa ke atas sidebab yang awak rindukan ini.

Aduuhhhhhhhh!!!

Kami, umpama sandwic sardin dalam versi kurus, debab dan sejuk beku yang sungguh kasihan rupanya.

Begitulah tamatnya cerita sedih saya pada hari ini. Akibat kejadian yang begitu mengharukan itu, badan saya lebam biru di sana sini. Pinggang agak sakit. Cuma saya bersyukur, tidak ada anggota badan saya yang retak atau patah.

Mujur, sungguh mujur!

OK, sehingga di sini dahulu. Akan ada banyak lagi cerita- cerita yang bakal menyusul. Doakan supaya saya tabah di sini. Saya juga doakan awak supaya tenang dan gembira di sana.

Jangan lupa rindukan saya!

Bagaimana babak-babak setakat ini? Adakah memuaskan hati adik-adik? Jom share dengan Kak Yayah sekiranya ada apa-apa idea yang boleh dimuatkan di dalam DY 6, insya Allah :D

Sehingga bertemu di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah

20 comments:

  1. Salam kak Yaya,

    setakat nih semua babak-babak yang akak tuliskan memang the boom! jadi makin tak sabar pula saya nak beli Dear Yayah 6. Tolongla keluarkan cepat novel nih. hehe bila ya novel ini akan diterbitkan?

    ReplyDelete
  2. @Fadhilah Rozley : Salam Fadhilah. Terima kasih! Hee. Terharu, gembira ada yang suka. Insya Allah, Kak Yayah akan siapkan secepat mungkin :D

    ReplyDelete
  3. ewah~! Perempuan yang anggun a.k.a Nurjihan!!! Cayalah Kak Yayah! :D

    ReplyDelete
  4. Yeayy! Nih yang makin sayang dengan kak Yayah. Hehe tak sabar2 nih. saya ada semua koleksi novel akak termasukla yang kompilasi Dear Yayah dan Dear Yayah The Comic.

    ReplyDelete
  5. kak yayah!!!!!bestnye DY 6 ni...banyak lagi ke yang kak yayah belum habis tulis????tak sabar dah ni nak beli DY 6

    ReplyDelete
  6. kak yayah!!!! best la dear yayah 6 ni...tak sabar nak beli... banyak lagi ke kak yayah belum habis tulis???

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru Kak Yayah ^^

    ReplyDelete
  8. Tak sabar jew saya. Tak sabar ingin memiliki buku ini. Ya Allah.. Amin.

    ReplyDelete
  9. salam kak yayah..cite ni mmg best,cne akak bole cri idea ea?

    ReplyDelete
  10. wahh, dear yayah 6. mesti best.

    ReplyDelete
  11. dear yayah sy x pernah miss baca....bagi tau kawan yg dear yayah best...kawan pun jadi suka....cepatlah keluarkan dear yayah6...x sabar nie...

    ReplyDelete
  12. kak yayah ! terbaik la novel akak . *tabik hormat* . :D

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Belum lagi. Insya Allah, doakan keluar tahun ini ya :)

      Delete
  14. kak farihah : ramai org kata Dear Yayah 6 .
    tapi Dear Yayah 5 dh ade ke?

    ReplyDelete
  15. Kak yayah . pleasssssssssssssss~ saya merayu . tolong lah keluarkan dear yayah 6 cepat2 . saya dah GIAN + KEMPUNAN + TERINGIN + MENGIDAM nak sambungan dear yayah . hari2 dok ulang dear 1-5 jee .

    ReplyDelete
  16. Kak yayah . pleasssssssssssssss~ saya merayu . tolong lah keluarkan dear yayah 6 cepat2 . saya dah GIAN + KEMPUNAN + TERINGIN + MENGIDAM nak sambungan dear yayah . hari2 dok ulang dear 1-5 jee .

    ReplyDelete
  17. Kak yayah . pleasssssssssssssss~ saya merayu . tolong lah keluarkan dear yayah 6 cepat2 . saya dah GIAN + KEMPUNAN + TERINGIN + MENGIDAM nak sambungan dear yayah . hari2 dok ulang dear 1-5 jee .

    ReplyDelete