Entri Kak Yayah

Friday, December 30, 2011

Author Appearance di MPH Alamanda

Photobucket
Haa. Adik-adik ada baca pengumuman di tepi blog dan juga Facebook Kak Yayah tak? Kalau adik-adik baca, mesti adik-adik tahu bahawa Kak Yayah ada author appearance hari ini di MPH Alamanda bersama Abang Ard-One. Siapakah Abang Ard-One? Beliaulah pelukis untuk Komik Dear Yayah. Beliaulah yang melukis semua watak di dalam Komik Dear Yayah. Jom kita tengok gambar :D



Kak Yayah serba pink hari ini. Apa pendapat adik-adik? Okay tak? :D



Kak Yayah bersama Abang Ard-One. Handsome tak Abang Ard-One? ;D



Kiri : Bersama peminat cilik, Sarah. Alahai, comel kan Sarah? :D
Kanan : Bersama peminat cilik, Dada. Comel kan dia? :D



Ini Munirah dan Mawaddah. Sedap kan nama mereka? :D
Wah! Nampak tak Abang Ard-One tersenyum lebar? Hehe..



Lihatlah betapa Kak Yayah dan adik kecil ini fokus berposing sementara Abang Ard-One melukis karikatur kami. Hee. Nanti Kak Yayah akan upload karikatur yang Abang Ard-One lukis. Comel! :D



Terima kasih kepada abang-abang PTS dan abang MPH kerana menjayakan author appearance hari ini

Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah




3 comments: